12 Tetapi apabila engkau mengalami kemorosotan, dia berbalik melawan engkau dan menghindari engkau.
13 Jauhilah musuh-musuhmu, tetapi waspadalah terhadap kawan-kawanmu.
14 Sahabat yang setia bagaikan tempat perlindungan yang aman. Sesiapa yang mendapatkannya, menemukan suatu harta.
15 Sahabat yang setia tidak ternilai harganya, dan tidak ada yang dapat dibandingkan dengan dia.
16 Dia seperti ubat bagimu. Orang yang takut kepada Tuhan akan menemukan dia.
17 Orang yang takut kepada Tuhan dapat menjalin persahabatan sejati kerana mereka memperlakukan sahabat mereka seperti diri sendiri.
18 Anakku, terimalah pelajaran semasa engkau muda, maka engkau akan memperoleh kebijaksanaan sehingga masa tuamu.