20 Orang yang bodoh dan tidak terdidik menganggap tuntutan kebijaksanaan terlalu sukar, dan mereka tidak bertekun untuk memperolehnya.
21 Tuntutan itu dirasakannya sebagai beban yang terlalu berat, dan dia cepat-cepat membuangnya.
22 Hal itu demikian kerana kebijaksanaan sesuai dengan namanya, dan tidak banyak orang dapat mencapainya.
23 Anakku, dengarlah dan terimalah nasihat dan pendapatku.
24 Ikatlah kakimu dengan rantai kebijaksanaan dan pasanglah koknya pada lehermu.
25 Pikullah kebijaksanaan dan jangan marah kerana ikatan-ikatannya.
26 Carilah kebijaksanaan dengan segenap hatimu dan tempuhlah jalan-jalannya dengan sekuat tenagamu.