4 Begitulah caranya nafsu yang tidak dikuasai membinasakan engkau dan menjadikan engkau bahan ejekan musuh.
5 Orang yang bercakap dengan sopan dan ramah mendapat sahabat yang banyak.
6 Hiduplah damai dengan banyak orang, tetapi hanya seorang sahaja di kalangan seribu hendaknya dijadikan penasihatmu.
7 Jika engkau mahu bersahabat, jangan segera percaya kepada orang; ujilah mereka dahulu sama ada mereka setia.
8 Ada orang yang mahu bersahabat hanya kalau menguntungkan, tetapi pada masa engkau susah, mereka tidak berdiri teguh di sisimu.
9 Ada kawan yang menjadi lawan kerana pertengkaran, lalu dia mempermalukan engkau dengan menceritakannya kepada semua orang.
10 Ada juga kawan yang ikut makan bersama-sama engkau, tetapi meninggalkan engkau pada masa engkau susah.