7 Jika engkau mahu bersahabat, jangan segera percaya kepada orang; ujilah mereka dahulu sama ada mereka setia.
8 Ada orang yang mahu bersahabat hanya kalau menguntungkan, tetapi pada masa engkau susah, mereka tidak berdiri teguh di sisimu.
9 Ada kawan yang menjadi lawan kerana pertengkaran, lalu dia mempermalukan engkau dengan menceritakannya kepada semua orang.
10 Ada juga kawan yang ikut makan bersama-sama engkau, tetapi meninggalkan engkau pada masa engkau susah.
11 Pada waktu engkau makmur, dia berlaku seperti engkau sendiri, dan memberi perintah kepada pelayan-pelayanmu.
12 Tetapi apabila engkau mengalami kemorosotan, dia berbalik melawan engkau dan menghindari engkau.
13 Jauhilah musuh-musuhmu, tetapi waspadalah terhadap kawan-kawanmu.