1 Mengapakah Engkau begitu jauh, ya TUHAN,dan bersembunyi pada masa kami dalam kesusahan?
2 Dengan sombong orang jahat menindas orang miskin;biarlah mereka dijerat oleh perangkap mereka sendiri.
3 Orang jahat membangga-banggakan niat jahat mereka;orang tamak mengutuki dan menolak TUHAN.
4 Orang jahat tidak mempedulikan TUHAN;kerana mereka sombong, mereka berfikir Allah tidak ada.
5 Orang jahat berjaya dalam segala perbuatan mereka.Mereka tidak dapat memahami pengadilan Allah;mereka mentertawakan musuh-musuh mereka.
6 Mereka berkata dalam hati, “Kami tidak akan gagal;kami tidak akan ditimpa kesusahan.”