1 Doa Daud.Dengarlah rayuanku, ya TUHAN,permintaanku untuk keadilan.Perhatikanlah tangisanku,dengarkanlah doaku yang tulus.
2 Engkau akan membela aku,kerana Engkau tahu apa yang benar.
3 Engkau mengenal hatiku.Apabila Engkau datang kepadaku pada waktu malam,dan memeriksa aku dengan teliti,tidak akan Kaudapati niat yang jahat pada diriku.
4 Aku tidak mengatakan yang jahat, seperti orang lain;aku mentaati perintah-Mu dan tidak melakukan keganasan.
5 Aku selalu hidup menurut petunjuk-Mudan tidak pernah menyeleweng.
6 Aku berdoa kepada-Mu, ya Allah, kerana Engkau menjawab aku;oleh itu berpalinglah kepadaku dan dengarkanlah kata-kataku.
7 Tunjukkanlah kasih-Mu yang mengagumkan,dan selamatkanlah orang yang berlindung kepada-Mu;di sisi-Mu, aku selamat daripada segala musuh.
8 Lindungilah aku, seperti biji mata-Mu sendiri;sembunyikanlah aku di bawah naungan sayap-Mu,
9 lindungilah aku daripada orang jahat yang menyerang aku.Musuh yang mengancam nyawaku mengelilingi aku;
10 mereka bercakap sombong dan tidak berbelas kasihan.
11 Mereka mengejar dan mengepung aku,mencari peluang untuk menjatuhkan aku.
12 Mereka bagaikan singa yang menunggu hendak menyiat aku,seperti anak singa yang bersembunyi menantikan aku.
13 Bangkitlah, ya TUHAN, lawanlah dan kalahkanlah musuhku!Selamatkanlah akudaripada orang jahatdengan pedang-Mu.
14 Selamatkanlah akudaripada orangyang menimbun harta di dunia.Hukumlah mereka dengan penderitaanyang telah Engkau sediakan untuk mereka;biarlah anak cucu mereka dihukum juga.
15 Aku akan melihat Engkau kerana aku tidak bersalah;dan apabila aku terjaga, hadirat-Mu membuat hatiku gembira.