1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.
2 Berbahagialah orang yang mengambil berat terhadap orang yang tidak berdaya;TUHAN akan menolong mereka ketika mereka dalam kesusahan.
3 TUHAN akan melindungi dan memelihara mereka,TUHAN akan membahagiakan mereka di negeri ini;TUHAN tidak akan menyerahkan mereka kepada musuh.
4 TUHAN akan menolong mereka ketika mereka sakitdan memulihkan kesihatan mereka.
5 Aku berkata, “Ya TUHAN, aku telah berdosa terhadap-Mu;kasihanilah aku dan sembuhkanlah aku!”
6 Musuhku mengumpat aku.Mereka mahu aku mati dan dilupakan.
7 Mereka yang mengunjungi aku tidak ikhlas;mereka mengumpulkan segala berita yang buruk tentang aku,lalu keluar dan menyebarkannya ke mana-mana.
8 Semua orang yang membenci aku berbisik-bisik tentang diriku,mereka memikirkan yang paling buruk tentang aku.
9 Mereka berkata, “Dia sakit teruk sekalidan tidak akan bangun dari katilnya lagi.”
10 Bahkan sahabat karibku yang paling aku percayai,orang yang makan bersama-samaku, telah menentang aku.
11 Kasihanilah aku, ya TUHAN, dan pulihkanlah kesihatanku,agar aku dapat membalas musuh-musuhku.
12 Maka tahulah aku bahawa Engkau berkenan kepadaku,kerana musuhku tidak akan mengalahkan aku.
13 Engkau akan menolong aku, kerana ketulusanku;Engkau membolehkan aku berada di hadirat-Mu selama-lamanya.
14 Marilah kita memuji TUHAN, Allah umat Israel;pujilah Dia sekarang dan selama-lamanya.Amin! Amin!