Mazmur 39 BM

Pengakuan Orang yang Menderita

1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. Untuk Yedutun.

2 Aku berkata, “Aku akan berhati-hati dengan perbuatanku,dan tidak akan berdosa dengan lidahku.Aku tidak akan berkata apa-apaselama orang jahat berada di sisiku.”

3 Aku diam membatu, tidak berkata sepatah pun,walaupun tentang perkara yang baik.Tetapi penderitaanku bertambah berat,

4 dan hatiku penuh kecemasan.Semakin aku berfikir, semakin susah hatiku;lalu aku bertanya,

5 “Ya TUHAN, beritahulah aku masa kematiankusupaya aku tahu betapa singkatnya hidupku.”

6 Betapa pendeknya umurku Engkau tentukan!Bagi Engkau, seumur hidupku tidak bererti apa-apa.Sesungguhnya hidup setiap orang seperti hembusan nafas,

7 hidup mereka berlalu seperti bayangan.Segala perbuatan mereka sia-sia;mereka mengumpulkan harta,tetapi tidak tahu siapa akan mewarisinya.

8 Apakah yang boleh aku harapkan, ya Tuhan?Aku berharap kepada-Mu.

9 Selamatkanlah aku daripada segala dosaku,dan jangan biarkan aku menjadi ejekan orang dungu.

10 Aku diam dan tidak membuka mulutku,kerana inilah perbuatan-Mu.

11 Janganlah hukum aku lagi,aku hampir mati kerana pukulan-Mu.

12 Engkau menghukum dosa manusia dengan teguran-Mu,dan seperti gegat, Engkau memusnahkan kesukaan mereka.Sesungguhnya hidup setiap orang seperti hembusan nafas sahaja.

13 Dengarlah doaku, ya TUHAN,dan sambutlah rayuanku;janganlah diam ketika aku menangis.Aku menjadi tetamu-Mu hanya untuk sementara,seperti nenek moyangku.

14 Janganlah ganggu aku supaya aku dapat sedikit kebahagiaan,sebelum aku meninggal dan tiada lagi.