1 Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik,dan kasih-Nya kekal abadi.
2 Hendaklah umat Israel berkata,“Kasih-Nya kekal abadi.”
3 Hendaklah imam-imam Allah berkata,“Kasih-Nya kekal abadi.”
4 Hendaklah semua orang yang menyembah Dia berkata,“Kasih-Nya kekal abadi.”
5 Dalam kesukaran, aku berseru kepada TUHAN;Dia mengabulkan doaku dan membebaskan aku.
6 Aku tidak takut kerana TUHAN menyertai aku;apakah yang dapat dilakukan manusia terhadap aku?
7 TUHAN itulah yang menolong aku,aku akan melihat musuh-musuhku dikalahkan.
8 Lebih baik berlindung kepada TUHAN,daripada mengharapkan manusia.
9 Lebih baik berlindung kepada TUHAN,daripada mengharapkan pemimpin.
10 Banyak musuh mengelilingi aku,tetapi aku membinasakan mereka dengan kuasa TUHAN.
11 Mereka mengepung aku dari segala arah,tetapi aku membinasakan mereka dengan kuasa TUHAN.
12 Mereka menyerbu aku seperti lebah,tetapi mereka terbakar secepat belukar;aku membinasakan mereka dengan kuasa TUHAN.
13 Aku diserang dengan sengit dan hampir dikalahkan,tetapi TUHAN menolong aku.
14 TUHAN menjadikan aku gagah dan perkasa;Dia telah menyelamatkan aku.
15 Dengarlah sorakan kemenangan di dalam khemah umat Allah;“TUHAN melakukan perbuatan perkasa!
16 Kuasa TUHAN memberi kita kemenangan,TUHAN melakukan perbuatan perkasa!”
17 Aku tidak akan mati, tetapi aku akan hidup,untuk menceritakan perbuatan TUHAN.
18 Dia telah menghukum aku dengan berat,tetapi Dia tidak membiarkan aku mati.
19 Bukalah pintu gerbang Rumah TUHAN untukku,supaya aku masuk dan bersyukur kepada TUHAN!
20 Inilah pintu gerbang TUHAN;hanya umat Allah boleh memasukinya.
21 Aku memuji-Mu, TUHAN, kerana Engkau mendengar seruanku,kerana Engkau telah memberi aku kemenangan.
22 Batu yang dibuang pembina-pembina itutelah menjadi batu yang paling utama.
23 Inilah perbuatan TUHAN;sungguh mengagumkan bagi kita!
24 Inilah hari kemenangan TUHAN;marilah kita rayakannya dengan gembira.
25 Kami memohon supaya Engkau menyelamatkan kami, ya TUHAN!Ya TUHAN, berilah kami kejayaan!
26 Semoga Allah memberkati dia yang datang demi nama TUHAN!Dari Rumah TUHAN, kami memberkati kamu semua.
27 TUHAN itu Allah;Dia baik kepada kita.Dengan melambai-lambaikan dahan pokok, mulakanlah perayaandan berjalanlah mengelilingi mazbah.
28 Engkaulah Allahku, aku bersyukur kepada-Mu;aku akan mengagungkan Engkau.
29 Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik,dan kasih-Nya kekal abadi.