1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.
2 Aku dalam kesusahan, ya Allah - dengarlah doaku!Aku takut kepada musuhku - selamatkanlah aku!
3 Lindungilah aku daripada komplot orang derhaka,dan daripada rusuhan orang durjana.
4 Lidah mereka setajam pedang,kata-kata mereka berbisa seperti anak panah beracun.
5 Mereka menyebarkan dusta dari tempat persembunyian;mereka membinasakan orang baik dengan fitnah.
6 Mereka menggalakkan sesama sendiri untuk melakukan yang jahat;mereka berunding tentang tempat memasang perangkap;mereka menyangka tiada orang yang melihat.
7 Mereka membuat rancangan jahat dan berkata,“Kita telah merancang jenayah yang licik sekali.”Sungguh dalamnya hati serta fikiran manusia,sehingga tidak dapat diselami.
8 Tetapi Allah melepaskan anak panah-Nya terhadap mereka,dan dengan serta-merta mereka cedera.
9 Dia akan membinasakan mereka kerana kata-kata mereka;semua orang yang melihat mereka akan menggelengkan kepala.
10 Mereka akan ketakutan;mereka memikirkan tindakan Allah,dan memberitakan perbuatan-Nya.
11 Semua orang baik akan bergirang kerana perbuatan TUHAN;mereka akan mendapat perlindungan daripada-Nya;semua orang yang tulus akan memuji Dia.