1 Berbahagialah orang yang hidup tanpa cela,dan hidup menurut Taurat TUHAN.
2 Berbahagialah mereka yang menurut perintah-Nya,dan mentaati Dia dengan sepenuh hati.
3 Mereka tidak melakukan kejahatan,tetapi hidup menurut kehendak TUHAN.
4 Engkau memberi kami hukum-Mu, ya TUHAN,dan menyuruh kami mematuhinya dengan setia.
5 Semoga aku setiamematuhi peraturan-Mu.
6 Jika aku menumpukan perhatian kepada semua perintah-Mu,aku tidak akan dipermalukan.
7 Ketika aku mempelajari ketetapan-Mu yang adil,aku akan memuji Engkau dengan hati yang murni.
8 Aku akan taat kepada hukum-Mu;janganlah sekali-kali tinggalkan aku!
9 Bagaimanakah seorang pemuda dapat hidup suci?Dia dapat hidup suci dengan mentaati perintah-Mu.
10 Dengan sepenuh hati aku berusaha untuk mentaati Engkau;jangan biarkan aku menyimpang daripada perintah-Mu.
11 Aku menyimpan hukum-Mu dalam hatiku,supaya aku tidak berdosa terhadap-Mu.
12 Aku memuji Engkau, ya TUHAN;ajarlah aku kehendak-Mu.
13 Aku akan menceritakansegala hukum yang telah Engkau berikan.
14 Aku gemar menurut perintah-Mu,lebih daripada memiliki segala kekayaan.
15 Aku akan mengkaji peraturan-Mu,dan menumpukan perhatian kepada ajaran-Mu.
16 Aku gemar akan hukum-Mu;aku tidak akan melupakan perintah-Mu.
17 Semoga Engkau murah hati kepadaku, hamba-Mu,supaya aku dapat hidup dan mentaati ajaran-Mu.
18 Bukalah mataku supaya aku dapat melihatajaran yang mengagumkan dalam Taurat-Mu.
19 Aku tinggal di bumi ini hanya untuk seketika;janganlah sembunyikan perintah-Mu daripadaku.
20 Hatiku sangat rinduuntuk mengetahui ketetapan-Mu setiap waktu.
21 Engkau menegur orang yang sombong;terkutuklah orang yang melanggar perintah-Mu.
22 Jangan biarkan aku dicaci dan dihina mereka,kerana aku telah melakukan hukum-Mu.
23 Walaupun para pemerintah berkomplot melawan aku,tetapi aku akan tetap mengkaji ajaran-Mu.
24 Peraturan-Mu menyenangkan hatiku;peraturan-Mu menasihati aku.
25 Aku terbaring di atas debu kerana kalah;pulihkanlah aku menurut janji-Mu.
26 Aku mengaku segala perbuatanku dan Engkau menjawab aku;ajarlah aku kehendak-Mu.
27 Tolonglah aku memahami hukum-Mu,dan aku akan merenungkan ajaran-Mu yang mengagumkan.
28 Jiwaku hancur kerana kesedihan;kuatkanlah aku menurut janji-Mu.
29 Jauhkanlah aku dari jalan yang salah,dan demi kebaikan-Mu, ajarlah aku Taurat-Mu.
30 Aku telah mengambil keputusan untuk mentaati-Mu,dan menumpukan perhatian kepada ketetapan-Mu.
31 Aku telah menurut peraturan-Mu, ya TUHAN,jangan biarkan aku dipermalukan.
32 Aku suka mentaati perintah-Mu,kerana Engkau menambahkan pengertianku.
33 Ya TUHAN, ajarlah aku makna hukum-Mu,dan aku akan mentaatinya selalu.
34 Jelaskanlah Taurat-Mu kepadaku supaya aku mematuhinya,dan dengan sepenuh hati melakukannya.
35 Tolonglah aku mematuhi perintah-Mu,kerana perintah-Mu menggembirakan aku.
36 Berilah aku keinginan untuk mentaati hukum-Mu,dan bukan untuk mendapat kekayaan.
37 Jangan biarkan aku menumpukan perhatian kepada perkara sia-sia;berilah aku hidup menurut kehendak-Mu.
38 Tepatilah janji-Mu kepadaku, hamba-Mu,janji yang Engkau berikan kepada mereka yang mentaati-Mu.
39 Jauhkanlah aku daripada hinaan yang aku takuti;betapa baiknya ketetapan-Mu.
40 Aku mahu mentaati perintah-Mu;berilah aku hidup baru kerana Engkau adil.
41 Ya TUHAN, tunjukkanlah kasih-Mu kepadaku;selamatkanlah aku menurut janji-Mu.
42 Barulah aku dapat menjawab orang yang mengejek aku,kerana aku mempercayai firman-Mu.
43 Tolonglah aku untuk sentiasa bercakap benar,kerana aku yakin akan ketetapan-Mu.
44 Aku akan sentiasa mentaati Taurat-Mu,untuk selama-lamanya.
45 Maka aku akan hidup dengan bebas,kerana aku berusaha untuk mematuhi ajaran-Mu.
46 Aku akan mengumumkan perintah-Mu kepada raja-raja,dan aku tidak akan dipermalukan.
47 Aku gemar mentaati perintah-Mu,kerana aku mencintai perintah-Mu.
48 Aku menghormati dan mencintai perintah-Mu;aku akan merenungkan peraturan-Mu.
49 Ingatlah janji-Mu kepadaku, hamba-Mu;janji yang telah memberikan harapan kepadaku.
50 Bahkan dalam kesengsaraan pun aku terhibur,kerana janji-Mu memberi aku hidup.
51 Orang sombong selalu menghina aku,tetapi aku tidak menyimpang daripada Taurat-Mu.
52 Aku ingat akan ketetapan-Mu yang ada sejak dahulu,dan ketetapan-Mu menghiburkan hatiku, ya TUHAN.
53 Aku sangat marah kepada orang jahatapabila mereka melanggar Taurat-Mu.
54 Selama hidupku yang singkat di bumi ini,aku menggubah lagu tentang perintah-Mu.
55 Pada waktu malam aku ingat akan Engkau, ya TUHAN,dan aku memikirkan Taurat-Mu.
56 Aku mendapat kebahagiaandengan mentaati perintah-Mu.
57 Hanya Engkau yang aku inginkan, ya TUHAN;aku berjanji untuk mematuhi hukum-Mu.
58 Dengan sepenuh hati aku meminta kepada-Mu;kasihanilah aku menurut janji-Mu.
59 Aku telah memikirkan kelakuanku,dan berjanji akan menurut peraturan-Mu.
60 Aku bergegas-gegas dan tidak membuang masauntuk melakukan perintah-Mu.
61 Orang jahat memasang perangkap untukku,tetapi aku tidak melupakan Taurat-Mu.
62 Pada tengah malam aku bangun untuk memuji Engkau,kerana ketetapan-Mu adil.
63 Aku bersahabat dengan semua orang yang taat kepada-Mu,semua orang yang mematuhi hukum-Mu.
64 Ya TUHAN, bumi penuh dengan kasih-Mu yang kekal;ajarlah aku perintah-Mu.
65 Engkau telah menepati janji-Mu, ya TUHAN,dan Engkau baik hati kepadaku, hamba-Mu.
66 Berilah aku kebijaksanaan dan pengetahuan,kerana aku percaya kepada perintah-Mu.
67 Sebelum Engkau menghukum aku, aku sering melanggar perintah-Mu,tetapi kini aku mematuhi firman-Mu.
68 Engkau sungguh baik dan perbuatan-Mu baik;ajarlah aku perintah-Mu.
69 Orang sombong memfitnah aku,tetapi dengan sepenuh hati aku mematuhi peraturan-Mu.
70 Mereka tidak mempunyai pengertian,tetapi Taurat-Mu menyenangkan hatiku.
71 Memang baik Engkau menghukum aku,supaya aku memahami perintah-Mu.
72 Bagiku, Taurat-Mu lebih berhargadaripada segala kekayaan di dunia.
73 Engkau mencipta dan membentuk aku;berilah aku pengertian untuk memahami hukum-Mu.
74 Orang yang menghormati Engkau akan bergembira apabila melihat aku,kerana aku percaya kepada janji-Mu.
75 Aku tahu bahawa ketetapan-Mu adil, ya TUHAN,dan Engkau menghukum aku kerana Engkau setia.
76 Semoga kasih-Mu yang kekal menghiburkan aku,menurut janji-Mu kepadaku, hamba-Mu.
77 Kasihanilah aku, lalu aku akan hidup,kerana aku gemar akan Taurat-Mu.
78 Biarlah orang sombong dipermalukan kerana menuduh aku,tetapi aku akan merenungkan peraturan-Mu.
79 Semoga orang yang menghormati Engkau datang kepadaku,semua orang yang mengenal perintah-Mu.
80 Semoga aku mentaati segala perintah-Mu,supaya aku tidak dipermalukan.
81 Ya TUHAN, aku lelah menunggu Engkau untuk menyelamatkan aku;aku percaya akan janji-Mu.
82 Mataku penat menanti-nantikan apa yang Engkau janjikan,sementara aku bertanya, “Bilakah Engkau akan menolong aku?”
83 Aku seperti kirbat wain yang sudah dibuang,namun aku tidak melupakan perintah-Mu.
84 Sampai bilakah aku mesti menunggu?Bilakah Engkau menghukum mereka yang menganiaya aku?
85 Orang sombong yang tidak mematuhi Taurat-Musudah menggali lubang untuk memerangkap aku.
86 Semua perintah-Mu dapat dipercayai;tolonglah aku kerana orang menganiaya aku dengan dusta!
87 Mereka hampir berjaya membunuh aku,tetapi aku tidak mengabaikan perintah-Mu.
88 Semoga Engkau baik hati kepadaku kerana kasih-Mu yang kekal,supaya aku dapat mentaati hukum-Mu.
89 Ya TUHAN, firman-Mu kekal selama-lamanya;firman-Mu kekal abadi di syurga.
90 Engkau tetap setia selama-lamanya,Engkau telah menempatkan bumi, dan bumi tetap ada.
91 Demi perintah-Mu segala sesuatu tetap ada sampai sekarang,kerana semuanya hamba-Mu.
92 Sekiranya Taurat-Mu bukan sumber kegembiraanku,pasti aku sudah mati kerana kesengsaraanku.
93 Aku tidak sekali-kali akan melalaikan peraturan-Mu,kerana dengan peraturan itu Engkau memelihara nyawaku.
94 Selamatkanlah aku kerana aku kepunyaan-Mu;aku telah berusaha untuk mentaati perintah-Mu.
95 Orang jahat tertunggu-tunggu hendak membunuh aku,tetapi aku akan merenungkan hukum-Mu.
96 Aku sedar bahawa segala-galanya mempunyai batas;hanya perintah-Mu yang sempurna.
97 Aku sangat mencintai Taurat-Mu!Aku merenungkannya sepanjang hari.
98 Perintah-Mu selalu bersama-sama aku,dan menjadikan aku lebih bijak daripada semua musuhku.
99 Pengertianku melebihi pengertian semua guruku,kerana aku merenungkan peraturan-Mu.
100 Aku lebih bijak daripada orang tua,kerana aku mentaati perintah-Mu.
101 Aku mengelakkan segala kelakuan jahat,kerana aku mahu mematuhi firman-Mu.
102 Aku tidak melalaikan peraturan-Mu,kerana Engkaulah yang mengajar aku.
103 Betapa manisnya peraturan-Mu;lebih manis daripada madu!
104 Aku mendapat kebijaksanaan daripada hukum-Mu,oleh itu aku membenci segala kelakuan buruk.
105 Firman-Mu itu pelita yang memimpin aku,dan cahaya yang menerangi jalanku.
106 Aku akan menepati janji yang aku buat dengan sumpah,untuk mentaati peraturan-Mu yang adil.
107 Penderitaanku sungguh berat, ya TUHAN;selamatkanlah nyawaku menurut janji-Mu.
108 Terimalah doa kesyukuranku, ya TUHAN,dan ajarlah aku perintah-Mu.
109 Aku selalu sedia mempertaruhkan nyawaku;aku tidak melupakan Taurat-Mu.
110 Orang jahat memasang perangkap untukku,tetapi aku tidak melanggar perintah-Mu.
111 Perintah-Mu adalah pusakaku selama-lamanya;perintah-Mu adalah kesukaan hatiku.
112 Aku telah mengambil keputusan untuk mentaati hukum-Musehingga akhir hidupku.
113 Aku membenci orang yang tidak setia kepada-Mu dengan sepenuh hati,tetapi aku mencintai Taurat-Mu.
114 Engkaulah pembelaku dan pelindungku;aku berharap kepada janji-Mu.
115 Hai orang jahat, pergilah daripadaku.Aku akan mematuhi perintah Allahku.
116 Kuatkanlah aku menurut janji-Mu, agar aku hidup;jangan biarkan aku dikecewakan dalam harapanku!
117 Bantulah aku, lalu aku akan selamat,dan aku akan sentiasa memperhatikan perintah-Mu.
118 Engkau menolak semua orang yang tidak mematuhi hukum-Mu;muslihat mereka sia-sia belaka.
119 Engkau menganggap semua orang jahat seperti sampah;oleh itu aku mencintai peraturan-Mu.
120 Aku gementar kerana takut kepada-Mu,dan aku gentar kerana ketetapan-Mu.
121 Aku telah melakukan perkara yang adil dan benar;jangan serahkan aku kepada musuh-musuhku!
122 Berjanjilah bahawa Engkau akan menolong hamba-Mu;jangan biarkan orang sombong menindas aku!
123 Mataku penat menantikan Engkau datang untuk menyelamatkan aku,dan untuk membebaskan aku, menurut janji-Mu.
124 Perlakukanlah aku sesuai dengan kasih-Mu,dan ajarlah aku perintah-Mu.
125 Aku ini hamba-Mu, berilah aku pengertian,supaya aku memahami ajaran-Mu.
126 Inilah masanya Engkau bertindak, ya TUHAN,kerana orang melanggar Taurat-Mu.
127 Aku mencintai perintah-Mu lebih daripada emas,lebih daripada emas murni.
128 Oleh itu aku mengikut segala peraturan-Mu;aku benci akan segala perbuatan yang salah.
129 Ajaran-Mu sungguh mengagumkan;aku mentaatinya dengan sepenuh hati.
130 Penjelasan ajaran-Mu memberikan cahaya,memberikan pengertian kepada orang jahil.
131 Aku haus akan perintah-Mu,aku sangat menginginkannya.
132 Berpalinglah kepadaku dan kasihanilah akuseperti Engkau sentiasa mengasihani orang yang mengasihi-Mu.
133 Menurut janji-Mu, jangan biarkan aku jatuh;jangan biarkan kejahatan menguasai aku.
134 Selamatkanlah aku daripada orang yang menindas aku,supaya aku dapat mentaati perintah-Mu.
135 Berkatilah aku dengan hadirat-Mu,dan ajarlah aku hukum-Mu.
136 Air mataku mengalir seperti sungai,kerana orang tidak taat kepada Taurat-Mu.
137 Engkau adil, ya TUHAN,dan hukum-Mu adil.
138 Peraturan yang Engkau berikansemuanya adil dan benar.
139 Kemarahan membara dalam dirikukerana musuhku melanggar perintah-Mu.
140 Janji-Mu dapat dipercayai,aku sangat mencintainya.
141 Aku ini tidak penting dan aku terhina,tetapi aku tidak melalaikan ajaran-Mu.
142 Keadilan-Mu kekal selama-lamanya,dan Taurat-Mu tetap benar.
143 Kesusahan dan kekhuatiran menimpa aku,tetapi perintah-Mu menggembirakan hatiku.
144 Peraturan-Mu selalu adil;berilah aku pengertian supaya aku hidup.
145 Dengan sepenuh hati, aku berseru kepada-Mu;kabulkanlah doaku, ya TUHAN;aku akan taat kepada perintah-Mu.
146 Aku berseru kepada-Mu; selamatkanlah aku;aku mahu mematuhi hukum-Mu.
147 Sebelum fajar aku berseru kepada-Mu minta tolong,aku berharap kepada janji-Mu.
148 Sepanjang malam aku tidak tidur,kerana merenungkan peraturan-Mu.
149 Demi kasih-Mu yang kekal,ya TUHAN, dengarlah aku;kasihanilah aku dan peliharakanlah nyawaku.
150 Penganiayaku yang kejam sudah dekat;mereka tidak pernah mematuhi Taurat-Mu.
151 Tetapi Engkau dekat kepadaku, ya TUHAN,dan segala perintah-Mu itu benar.
152 Sejak dahulu aku tahu akan peraturan-Mu,yang Engkau kekalkan selama-lamanya.
153 Lihatlah penderitaanku dan selamatkanlah aku,kerana aku tidak mengabaikan Taurat-Mu.
154 Belalah perkaraku dan bebaskanlah aku;selamatkanlah aku menurut janji-Mu.
155 Orang jahat tidak akan diselamatkan,kerana mereka tidak mematuhi hukum-Mu.
156 Sungguh besar belas kasihan-Mu, ya TUHAN;kasihanilah aku dan peliharakanlah nyawaku.
157 Banyak orang memusuhi dan menindas aku,tetapi aku tidak pernah mengabaikan hukum-Mu.
158 Aku benci melihat pengkhianat-pengkhianat itu,kerana mereka tidak mematuhi perintah-Mu.
159 Lihatlah, aku sangat mencintai peraturan-Mu, ya TUHAN.Selamatkanlah aku,kerana kasih-Mu.
160 Segala firman-Mu benar,dan semua ketetapan-Mu yang adil itu abadi.
161 Orang berkuasa menyerang aku tanpa alasan,tetapi hanya Taurat-Mu yang aku takuti.
162 Janji-Mu membahagiakan aku,seperti orang yang menemukan harta.
163 Aku sangat membenci segala dusta,tetapi aku mencintai Taurat-Mu.
164 Aku terus-menerus bersyukur kepada-Mubagi ketetapan-Mu yang adil.
165 Orang yang mencintai Taurat-Mu mendapat kesejahteraan;mereka tidak akan ditimpa malapetaka.
166 Aku menunggu Engkau untuk menyelamatkan aku, ya TUHAN,dan aku melakukan segala perintah-Mu.
167 Aku mentaati ajaran-Mu,dan mencintainya dengan segenap hati.
168 Aku mematuhi perintah dan peraturan-Mu,kerana Engkau melihat segala perbuatanku.
169 Semoga seruanku minta tolong sampai kepada-Mu, ya TUHAN!Berilah aku pengertian seperti yang telah Engkau janjikan.
170 Dengarkanlah doaku,dan selamatkanlah aku menurut janji-Mu.
171 Aku akan memuji Engkau selalu,kerana Engkau mengajar aku hukum-Mu.
172 Aku akan menyanyi tentang Taurat-Mu,kerana perintah-Mu adil.
173 Semoga Engkau selalu bersedia menolong aku,kerana aku mahu mengikut perintah-Mu.
174 Ya TUHAN, aku berharap supaya diselamatkan oleh-Mu,Taurat-Mu menggembirakan hatiku.
175 Semoga aku hidup supaya aku dapat memuji Engkau;semoga peraturan-Mu menolong aku.
176 Aku merayau seperti domba yang sesat;oleh itu datanglah untuk mencari hamba-Mu,kerana aku tidak mengabaikan hukum-Mu.