1 Untuk pemimpin koir. Sebuah lagu.Pujilah Allah dengan sorakan keriangan, hai umat manusia!
2 Bernyanyilah dan muliakanlah nama-Nya;hormatilah dan pujilah Dia!
3 Berkatalah kepada Allah, “Sungguh menakjubkan segala perbuatan-Mu!Kuasa-Mu begitu besar sehingga musuh tunduk ketakutan di hadapan-Mu.
4 Semua orang di bumi menyembah Engkau;mereka bernyanyi untuk memuji nama-Mu.”
5 Marilah dan lihatlah apa yang telah dilakukan Allah,perbuatan-Nya yang ajaib antara manusia.
6 Dia mengubah laut menjadi tanah kering,dan nenek moyang kami berjalan kaki menyeberanginya.Di sana kami bersukacita kerana perbuatan-Nya.
7 Dia memerintah dengan perkasa selama-lamanya,dan Dia mengawasi bangsa-bangsa.Janganlah sesiapa memberontak terhadap Dia!
8 Pujilah Allah kami, hai semua bangsa,biarlah orang mendengar pujian kamu kepada-Nya.
9 Dia telah memelihara kami supaya tidak dibinasakan,dan Dia tidak membiarkan kami dikalahkan.
10 Ya Allah, Engkau telah menguji kami,umpama perak dimurnikan dengan api.
11 Engkau membiarkan kami jatuh ke dalam perangkapdan memberi kami beban yang sangat berat.
12 Engkau membiarkan musuh memijak-mijak kami;kami melalui banjir dan api,tetapi kini Engkau telah membawa kamike tempat yang makmur.
13 Aku akan membawa korban ke Rumah-Mu;aku akan menepati janjiku kepada-Mu,
14 janji yang aku ucapkan,ketika aku dalam kesusahan.
15 Aku akan mempersembahkan ternakan yang digemukkan untuk dibakar di atas mazbah;aku akan mempersembahkan korban lembu jantan dan kambing,lalu asapnya akan naik ke langit.
16 Marilah dan dengarlah, hai semua orang yang menghormati Allah,aku akan menceritakan apa yang telah dilakukan-Nya untuk aku.
17 Aku berseru minta tolong kepada-Nya;aku menyanyi dan memuji Dia.
18 Andaikata aku membiarkan dosa dalam hatiku,pasti Tuhan tidak akan mendengar aku.
19 Tetapi sesungguhnya Allah sudah mendengar aku;Dia telah mengabulkan doaku.
20 Aku memuji Allah, kerana Dia tidak menolak doaku,dan tidak berhenti mengasihi aku.