1 Mazmur Daud.TUHAN, lawanlah orang yang menentang aku,dan tentanglah orang yang memerangi aku.
2 Gunakanlah perisai dan baju zirah-Mu,bangkitlah dan tolonglah aku.
3 Angkatlah tombak dan lembing-Muuntuk menentang mereka yang mengejar aku.Katakanlah bahawa Engkau penyelamatku.
4 Biarlah mereka yang cuba membunuh akudikalahkan dan dipermalukan.Biarlah mereka yang berkomplot menentang akudipukul mundur dan dibingungkan.
5 Biarlah mereka menjadi seperti sekam yang ditiup angin,ketika dikejar oleh malaikat TUHAN.
6 Biarlah jalan mereka gelap dan licin,ketika mereka diburu oleh malaikat TUHAN.
7 Tanpa sebarang sebab mereka memasang perangkap untukkudan menggali lubang yang dalam untuk menangkap aku.
8 Biarlah mereka ditimpa kebinasaandengan tidak disangka-sangka,dan dijerat oleh perangkap mereka sendirilalu jatuh dan binasa.
9 Maka aku akan bergembira kerana TUHAN;aku akan bersukacita kerana Dia menyelamatkan aku.
10 Dengan sepenuh hati aku akan berkata kepada TUHAN,“Engkau tiada bandingnya.Engkau melindungi orang lemah daripada orang kuat,orang miskin dan sengsara daripada penindas mereka.”
11 Saksi-saksi jahat menuduh aku,kerana perkara yang tidak aku ketahui.
12 Mereka membalas kebaikan dengan kejahatan,dan aku putus harapan.
13 Semasa mereka sakit, aku berkabung dan berpuasa;aku berdoa dengan menundukkan kepala,
14 seperti mendoakan seorang sahabat atau saudara.Aku tunduk kepala kerana berdukacita,seperti orang yang menangisi kematian ibunya.
15 Tetapi waktu aku dalam kesusahan, mereka semua bergembiradan mengerumuni sambil mengejek-ejek aku;orang yang tidak aku kenalterus-menerus memukul aku.
16 Seperti orang yang memperolokkan orang lumpuh,mereka memandang aku dengan kebencian.
17 Berapa lama lagi, ya Tuhan,Engkau akan membiarkan perkara ini berlaku?Selamatkanlah aku daripada serangan mereka;selamatkanlah nyawaku daripada singa-singa itu!
18 Lalu aku akan bersyukur kepada-Mu dalam perhimpunan umat-Mu,aku akan memuji Engkau dalam pertemuan mereka itu.
19 Jangan biarkan musuhku, pendusta itu,mentertawakan kekalahanku!Jangan biarkan orang yang membenci aku tanpa sebab,bergembira kerana kedukaanku!
20 Mereka tidak bercakap dengan ramah;sebaliknya, mereka memfitnah orang yang mencintai kedamaian.
21 Mereka menjerit-jerit menuduh aku,“Kami nampak perbuatanmu!”
22 Tetapi Engkau, ya TUHAN, tahu akan perkara ini.Kerana itu, janganlah berdiam diri,janganlah jauhkan diri!
23 Bangunlah, ya Tuhan, dan belalah aku;bangkitlah, ya Allahku, dan tolonglah aku.
24 Belalah aku kerana Engkau adil, ya TUHAN,jangan biarkan musuhku mentertawakan aku.
25 Jangan biarkan mereka berkata sesama sendiri,“Itulah yang kami ingini selama ini!”Jangan biarkan mereka berkata,“Kami telah mengalahkan dia!”
26 Biarlah orang yang menghina penderitaankudikalahkan sama sekali dan dibingungkan;biarlah orang yang mengaku diri lebih baik daripada akudiliputi perasaan kesal dan malu.
27 Semoga orang yang ingin melihat aku dinyatakan benar,bersorak gembira dan berulang kali berkata,“TUHAN sungguh agung;Dia gembira kerana kemakmuran hamba-Nya!”
28 Maka aku akan memberitakan keadilan-Mu,dan aku akan memuji Engkau sepanjang hari.