1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. Lagu.
2 Kami patut memuji Engkau di Sion, ya Allah,dan memenuhi janji kami kepada-Mu,
3 kerana Engkau mengabulkan doa.Semua orang akan datang kepada-Mu
4 kerana mereka berdosa.Dosa-dosa kami terlalu berat bagi kami,tetapi Engkau mengampunkan dosa kami.
5 Berbahagialah mereka yang telah Engkau pilih,mereka yang Engkau bawa tinggal di Rumah-Mu.Kami akan dipuaskan dengan segala yang baik di Rumah-Mu,berkat-Mu untuk kami di kediaman-Mu yang suci.
6 Engkau menjawab seruan kami dengan memberi kami kemenangan;Engkau menyelamatkan kami dengan melakukan hal-hal yang menakjubkan.Engkau harapan orang di seluruh dunia,dan orang di seberang laut yang jauh.
7 Dengan kekuatan-Mu, Engkau menegakkan gunung pada tempatnya,untuk menunjukkan kuasa-Mu yang besar.
8 Engkau meredakan deruan lautan dan gemuruh ombak;Engkau menenangkan kegemparan bangsa-bangsa.
9 Semua penduduk bumi takut dan hormat,ketika melihat perbuatan-perbuatan-Mu yang hebat.Tindakan-Mu membawa sorakan riangdi seluruh bumi dari hujung ke hujung.
10 Engkau memelihara bumi dengan menurunkan hujan;Engkau menjadikan tanahnya baik dan subur.Engkau mengisi anak sungai dengan air;Engkau menumbuhkan tanaman di bumi.Begitulah perbuatan-Mu.
11 Engkau menurunkan hujan lebatdan mengairi ladang yang dibajak;Engkau menggemburkan tanah dengan curahan hujandan menjadikan tanaman tumbuh dengan subur.
12 Betapa banyaknya hasil tanaman kerana kebaikan-Mu!Ke mana sahaja Engkau pergi, makanan berlimpah selalu.
13 Padang rumput penuh dengan ternakan;bukit-bukit penuh dengan kegembiraan.
14 Ladang-ladang penuh dengan domba,lembah-lembah penuh dengan gandum;semuanya bersorak dan bernyanyi dengan gembira.