1 Sebuah lagu. Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Mahalat Leanot. Sajak Heman, orang Ezrahi.
2 Ya TUHAN, Allah yang menyelamatkan aku,pada waktu siang aku berseru kepada-Mu,pada waktu malam aku datang ke hadapan-Mu.
3 Dengarkanlah doaku;dengarkanlah seruanku minta tolong.
4 Begitu banyak kesusahan menimpa aku;maut sudah di ambang pintu.
5 Aku seperti orang yang menemui maut;segala kekuatanku sudah hilang.
6 Aku ditinggalkan di tengah-tengah orang mati;aku umpama orang terbunuh yang terbaring di kubur,orang yang telah Engkau lupakan sama sekali,yang tidak dapat Engkau tolong lagi.
7 Engkau telah membuang aku ke kubur yang dalam,ke dalam lubang yang paling gelap dan dalam.
8 Engkau sangat murka kepadaku,kemurkaan-Mu bagaikan ombak yang memukul aku.
9 Engkau menyebabkan rakan-rakanku meninggalkan aku;Engkau menyebabkan mereka jijik akan aku.Aku terkurung dan tidak dapat melarikan diri;
10 mataku kabur kerana menderita.Ya TUHAN, setiap hari aku berseru kepada-Mu,aku berdoa dengan menadahkan tangan kepada-Mu.
11 Adakah Engkau melakukan mukjizat bagi orang yang telah mati?Adakah mereka bangkit dan memuji Engkau?
12 Adakah kasih-Mu disebut orang di dalam kubur,ataupun kesetiaan-Mu disebut di tempat kebinasaan?
13 Adakah mukjizat-Mu kelihatan di tempat yang gelap itu,ataupun kebaikan-Mu kelihatan di negeri yang sudah dilupakan orang?
14 Ya TUHAN, aku minta pertolongan-Mu;setiap pagi aku berdoa kepada-Mu.
15 Ya TUHAN, mengapakah Engkau menolak aku?Mengapakah Engkau menyembunyikan diri-Mu daripadaku?
16 Sejak kecil lagi aku menderita dan hampir mati;aku kehabisan tenaga menanggung hukuman-Mu.
17 Kemurkaan-Mu yang hebat menimpa aku,serangan-Mu yang dahsyat membinasakan aku.
18 Semuanya itu seperti banjir yang melanda aku sepanjang hari,dan mengepung aku dari segala arah.
19 Engkau menyebabkan sahabat karibku meninggalkan aku;hanya kegelapan yang menemani aku.