1 Untuk pemimpin koir. Mazmur puak Korah.
2 Ya TUHAN, Engkau berbelas kasihan terhadap negeri-Mu;Engkau telah menjadikan Israel makmur semula.
3 Engkau telah mengampunkan dosa umat-Mudan memaafkan segala kesalahan mereka.
4 Engkau tidak murka lagi terhadap mereka,dan telah menahan kemurkaan-Mu yang menyala-nyala.
5 Pulihkanlah kami, ya Allah penyelamat kami,jangan murka lagi kepada kami.
6 Adakah Engkau akan murka kepada kami selama-lamanya?Adakah kemurkaan-Mu tidak akan padam?
7 Kuatkanlah kami semula,lalu kami, umat-Mu akan memuji Engkau.
8 Tunjukkanlah bahawa Engkau tetap mengasihi kami,tolonglah dan selamatkanlah kami, ya TUHAN.
9 Aku mendengar apa yang difirmankan TUHAN Allah;Dia menjanjikan kesejahteraan kepada kita, umat-Nya,jika kita tidak kembali berbuat dosa.
10 Pasti Dia akan menyelamatkan orang yang menghormati Dia,supaya Allah yang agung tinggal di negeri kita.
11 Kasih dan kesetiaan akan bertemu;keadilan dan kesejahteraan akan berdampingan.
12 Kesetiaan manusia akan naik dari bumi,dan keadilan Allah akan menjenguk dari syurga.
13 TUHAN akan menjadikan kita makmur,dan tanah kita akan mengeluarkan hasil yang banyak.
14 Keadilan akan mendahului TUHAN,dan menyediakan jalan untuk-Nya.