1 Pujilah TUHAN!Pujilah nama TUHAN, hai kamu hamba-hamba TUHAN
2 yang beribadat di Rumah TUHAN,di tempat kediaman Allah kita.
3 Pujilah TUHAN kerana Dia baik;pujilah nama-Nya kerana Dia murah hati.
4 Dia memilih Yakub bagi diri-Nya sendiri,dan umat Israel sebagai milik-Nya sendiri.
5 Aku tahu bahawa TUHAN kita agung;Dia lebih agung daripada semua dewa.
6 Dia melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya,di langit mahupun di bumi,di laut mahupun di samudera.
7 Dia mendatangkan awan ribut dari hujung bumi;Dia menjadikan kilat untuk ribut,dan Dia mengeluarkan angin dari tempat simpanan-Nya.
8 Di Mesir Dia membunuh semua anak sulung manusiadan semua anak sulung binatang.
9 Di sana Dia melakukan banyak mukjizat dan hal yang menakjubkanuntuk menghukum raja Mesir dan semua pegawainya.
10 Dia memusnahkan banyak bangsa,dan membunuh raja-raja yang berkuasa:
11 Sihon, raja Amori dan Og, raja Basan,dan semua raja di Kanaan.
12 Dia menyerahkan negeri mereka kepada umat-Nya;Dia memberikannya kepada umat-Nya, Israel.
13 Ya TUHAN, Engkau akan sentiasa diisytiharkan sebagai Allah;semua keturunan akan mengingat Engkau.
14 TUHAN akan membela umat-Nya;Dia akan mengasihani hamba-hamba-Nya.
15 Patung berhala bangsa-bangsa dibuat daripada perak dan emas,dan dibentuk oleh tangan manusia.
16 Berhala mempunyai mulut tetapi tidak dapat bercakap,mempunyai mata tetapi tidak dapat melihat,
17 mempunyai telinga tetapi tidak dapat mendengar;berhala pun tidak dapat bernafas.
18 Biarlah semua orang yang membuat berhaladan yang percaya kepadanya,menjadi seperti berhala yang dibuat mereka.
19 Pujilah TUHAN, hai umat Israel;pujilah Dia, hai imam-imam Allah!
20 Pujilah TUHAN, hai orang Lewi;pujilah TUHAN, hai kamu semua yang menyembah Dia!
21 Pujilah TUHAN di Sion,di rumah-Nya di Yerusalem.Pujilah TUHAN!