1 Mazmur Daud.Jagalah aku, ya Allah,kerana aku berlindung kepada-Mu.
2 Aku berkata kepada TUHAN, “Engkaulah Tuhanku;tiada yang baik bagiku selain Engkau.”
3 Betapa baiknya umat yang setia kepada Allah!Aku sangat ingin bersama-sama mereka.
4 Mereka yang menyembah dewa-dewabertambah-tambah kesusahan mereka.Aku tidak mahu turut serta mempersembahkan korban;aku tidak mahu menyembah dewa mereka.
5 Ya TUHAN, hanya Engkau yang aku miliki,Engkau memberi aku segala keperluanku;nyawaku ada di dalam tangan-Mu.
6 Sungguh indah pemberian-Mu kepadaku;betapa baiknya semua itu!
7 Aku memuji TUHAN kerana Engkau membimbing aku,pada waktu malam suara hatiku mengajar aku.
8 Aku sentiasa sedar akan hadirat TUHAN;Engkau ada di sampingku, tiada suatu pun dapat menggoncang aku.
9 Demikianlah hatiku bersyukur dan gembira,dan aku selamat,
10 kerana Engkau tidak akan membiarkan aku mati;orang yang Engkau kasihi tidak Kaubiarkan binasa.
11 Jalan yang menuju kehidupan Engkau tunjukkan kepadaku;hadirat-Mu menggembirakan aku,dan sentiasa membahagiakan aku.