1 Lagu ziarah.Apabila TUHAN membawa kita balik ke Yerusalem,kita seperti bermimpi!
2 Kita tertawa dan menyanyi kerana gembira!Lalu bangsa-bangsa lain berkata tentang kita,“TUHAN telah melakukan perkara-perkara hebat untuk mereka.”
3 Memang TUHAN telah melakukan perkara-perkara yang hebat untuk kita;itulah sebabnya kita bersukacita!
4 Ya TUHAN, jadikanlah kami makmur semula,seperti sungai kering berair semula pada musim hujan.
5 Semoga orang yang menabur benih sambil menangis,dapat menuai hasilnya sambil bergembira!
6 Orang yang menabur benih sambil mencucurkan air mata,akan pulang membawa hasil tanaman sambil menyanyi dengan gembira.