1 Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur Daud.
2 Jawablah apabila aku berseru,ya Allah, Pembelaku!Ketika aku susah dahulu,Engkau datang menolong aku.Sekarang kasihanilah aku,dan dengarlah doaku!
3 Hai manusia, berapa lamakahkamu akan menghina aku?Berapa lama lagi kamu akan mencintai yang tidak berguna itu,dan mengejar yang palsu?
4 Ingatlah bahawa TUHAN telah memilih orang yang taat kepada-Nya sebagai milik-Nya,dan Dia mendengar ketika aku berseru kepada-Nya.
5 Ketika kamu marah,jangan berdosa.Renungkanlah hal itu sambil berdiam diri,sewaktu kamu berbaring di tempat tidur.
6 Persembahkanlah korban yang benardan percayalah kepada TUHAN.
7 Banyak orang berdoa,“Berilah kami berkat yang lebih, ya TUHAN.Semoga Engkau berkenan kepada kami.”
8 Engkau membuat hatiku lebih girangdaripada orang yang kelimpahan makanan dan minuman.
9 Maka aku berbaring dan tidur dengan tenteram;Engkau sahaja, ya TUHAN, yang memelihara aku dengan aman.