1 Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN!Bernyanyilah untuk TUHAN, hai seluruh dunia!
2 Bernyanyilah untuk TUHAN, dan pujilah Dia!Setiap hari isytiharkanlah berita baik bahawa Dia telah menyelamatkan kita.
3 Isytiharkanlah keagungan-Nya kepada bangsa-bangsa,dan perbuatan-Nya yang mengagumkan kepada segenap manusia.
4 TUHAN itu agung dan mesti dipuji setinggi-tingginya,Dia mesti dihormati lebih daripada semua dewa.
5 Dewa-dewa bangsa lain hanya patung berhala,tetapi TUHAN pencipta angkasa raya.
6 Kemuliaan dan keagungan mengelilingi Dia,tempat kediaman-Nya dipenuhi kuasa dan semarak-Nya.
7 Hai semua orang di bumi, pujilah TUHAN!Pujilah keagungan dan keperkasaan-Nya!
8 Pujilah nama TUHAN yang mulia;bawalah persembahan dan masuklah ke dalam kediaman-Nya.
9 Bersujudlah di hadapan TUHAN apabila Dia muncul;gementarlah di hadapan-Nya, hai seluruh bumi!
10 Katakanlah kepada semua bangsa, “TUHAN itu raja!Bumi dikukuhkan dan tidak dapat digoncang;Dia akan menghakimi semua bangsa dengan adil.”
11 Bersukacitalah, hai bumi dan langit!Berderulah, hai laut dan segala isimu!
12 Bergembiralah, hai ladang-ladang dan segala tanamanmu!Pokok-pokok di hutan akan bersorak kegirangan,
13 apabila TUHAN datang untuk memerintah bumi.Dia akan memerintah penduduk duniadengan jujur dan adil.