Mazmur 90 BM

BUKU KEEMPAT

Allah dan Manusia

1 Doa Musa, hamba Allah.Ya Tuhan, Engkau tempat perlindungan kami,sampai selama-lamanya.

2 Sebelum Engkau menjadikan bukit-bukit,sebelum Engkau menciptakan dunia,Engkaulah Allah yang kekal,Allah selama-lamanya.

3 Engkau menyuruh manusia kembali kepada asal mereka,Engkau menjadikan mereka debu semula.

4 Seribu tahun seperti sehari bagi-Mu;seperti hari kelmarin yang telah lalu,seperti satu giliran jaga pada waktu malam.

5 Engkau mengakhiri hidup kami,hidup kami seperti mimpi.Kami umpama rumput yang bertunas pada waktu pagi,

6 yang tumbuh dan berbunga,tetapi layu dan mati pada waktu petang.

7 Kami binasa kerana kemurkaan-Mu;kami takut kerana kemarahan-Mu.

8 Engkau membentangkan dosa kami di hadapan-Mu,dosa kami yang tersembunyi dilihat oleh-Mu.

9 Usia kami dikurangkan kerana kemurkaan-Mu;hidup kami berakhir seperti satu hembusan nafas.

10 Tujuh puluh tahun sahaja usia kami,lapan puluh, jika kami kuat;namun yang kami alami hanya kekhuatiran dan kesusahan;kehidupan segera berakhir dan kami pun lenyap.

11 Siapakah pernah mengalami dahsyatnya kemurkaan-Mu?Siapakah yang sedar akan akibat kemarahan-Mu?

12 Sedarkanlah kami betapa pendeknya usia kami,supaya kami menjadi bijak bestari.

13 Ya TUHAN, sampai bilakah Engkau murka?Kembalilah dan kasihanilah hamba-hamba-Mu.

14 Puaskanlah kami dengan kasih-Mu pada setiap pagi,supaya kami dapat menyanyi dan bergembira seumur hidup kami.

15 Berilah kami kebahagiaan sebanyak kedukaanyang kami tanggung dalam tahun-tahun kesengsaraan.

16 Tunjukkanlah perbuatan-Mu yang ajaib kepada kami, hamba-hamba-Mu,dan kuasa-Mu yang mulia kepada keturunan kami.

17 Ya TUHAN, Allah kami, berkatilah kami,dan berilah kami kejayaan dalam segala usaha kami.