1 Lagu. Mazmur Daud.
2 Aku yakin kepada-Mu, ya Allah!Aku akan menyanyi dan memuji Engkau!Bangunlah, hai jiwaku!
3 Bangunlah, hai gambus dan kecapi!Aku akan membangunkan matahari!
4 Ya TUHAN, aku akan bersyukur kepada-Mu antara bangsa-bangsa.Aku akan memuji Engkau antara umat manusia.
5 Kasih-Mu lebih tinggi daripada langit,dan kesetiaan-Mu sampai ke awan yang tinggi.
6 Ya Allah, tunjukkanlah keagungan-Mu di langit,dan kemuliaan-Mu di seluruh bumi!
7 Selamatkanlah kami dengan kuasa-Mu, dan kabulkanlah doaku,supaya umat yang Engkau kasihi diselamatkan.
8 Dari tempat kediaman-Nya yang suci Allah berfirman,“Aku akan bersorak dan membahagi-bahagikan tanah Sikhem,dan mengagihkan Lembah Sukot kepada umat-Ku.
9 Gilead dan Manasye adalah kepunyaan-Ku,Efraim topi besi-Ku,dan Yehuda tongkat pemerintahan-Ku.
10 Tetapi Aku menggunakan Moab sebagai tempat pembasuhan-Ku;Aku melemparkan kasut kepada Edom,sebagai tanda bahawa Edom milik-Ku;Aku akan bersorak kerana kemenangan atas orang Filistin.”
11 Siapakah yang akan membawa aku ke dalam kota yang berkubu itu?Siapakah yang akan memimpin aku ke Edom?
12 Ya Allah, adakah Engkau telah menolak kami?Tidakkah Engkau mara bersama-sama tentera kami?
13 Tolonglah kami melawan musuh,kerana pertolongan manusia tidak berguna.
14 Bersama dengan Allah, kita akan berjaya;Dialah yang akan mengalahkan musuh kita.