1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud, hamba TUHAN.
2 Dosa bertutur dalam lubuk hati orang jahat,mereka menyangkal Allah dan tidak takut kepada-Nya,
3 kerana mereka membanggakan diri,dan berfikir dosa mereka tidak akan diketahui dan tidak dibenci.
4 Kata-kata mereka penuh dengan kejahatan dan dusta,mereka tidak lagi melakukan yang baik dan bijaksana.
5 Mereka merancang kejahatan ketika berbaring di katil;tiada perbuatan mereka yang baik,dan mereka tidak pernah menolak apa-apa yang jahat.
6 Ya TUHAN, kasih-Mu membumbung setinggi langit,kesetiaan-Mu sampai ke awan yang tinggi.
7 Kebaikan-Mu teguh seperti gunung yang besar,dan keadilan-Mu sedalam laut.Engkau menjaga manusia dan haiwan.
8 Ya Allah, betapa berharganya kasih-Mu,manusia mendapat perlindungan di bawah naungan sayap-Mu.
9 Mereka mengenyangkan diri dengan makanan berlimpah dari rumah-Mu;Engkau memberi mereka minuman dari sungai kebaikan-Mu.
10 Engkaulah sumber segala kehidupan,dan kerana cahaya-Mu, kami dapat melihat cahaya.
11 Tetaplah mengasihi orang yang mengenal Engkau,dan berbuat baik kepada orang yang tulus hati.
12 Jangan biarkan orang sombong menyerang akuataupun orang jahat menyebabkan aku lari.
13 Lihatlah, orang jahat sudah jatuh,mereka rebah, tidak dapat bangun lagi.