1 Mazmur Daud.
2 Aku berlindung pada-Mu, ya TUHAN,jangan biarkan aku dipermalukan.Engkau Allah yang adil;selamatkanlah aku.
3 Dengarlah aku! Selamatkanlah aku dengan segera!Jadilah penaungku untuk melindungi aku,dan pembelaku untuk menyelamatkan aku.
4 Engkaulah penaungku dan pembelaku;bimbinglah aku menurut janji-Mu.
5 Selamatkanlah aku daripada perangkap yang dipasang untukku;Engkaulah tempat perlindunganku.
6 Aku serahkan diriku kepada jagaan-Mu.Engkau akan menyelamatkan aku, ya TUHAN, Allah yang setia.
7 Engkau membenci orang yang menyembah berhala,tetapi aku percaya kepada TUHAN.
8 Aku akan bergembira dan bergirang,kerana Engkau tetap mengasihi aku.Engkau nampak penderitaanku;Engkau tahu kesusahanku.
9 Engkau tidak membenarkan aku ditawan musuh;Engkau membolehkan aku berjalan dengan bebas.
10 Kasihanilah aku, ya TUHAN,kerana aku dalam kesusahan;mataku pedih kerana menangis;jiwa ragaku merana.
11 Kedukaan telah menyingkatkan hidupku,dan tangisan telah memendekkan umurku.Kesihatanku merosot kerana kesusahanku,bahkan tulangku menjadi rapuh.
12 Semua musuhku mentertawakan aku;jiran-jiranku menghina aku;mereka yang mengenal aku takut akan aku;mereka lari apabila nampak aku di jalan.
13 Aku dilupakan seolah-olah aku sudah mati;aku umpama barang terbuang.
14 Aku mendengar bisikan musuhku;perkara dahsyat terdapat di sekelilingku.Mereka berkomplot menentang aku,dan merancang hendak membunuh aku.
15 Tetapi aku berharap kepada-Mu, ya TUHAN;Engkaulah Allahku.
16 Aku sentiasa berada dalam jagaan-Mu;selamatkanlah aku daripada musuhkudan daripada mereka yang menganiaya aku.
17 Semoga Engkau berkenan kepada hamba-Mu;selamatkanlah aku demi kasih-Mu.
18 Aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN;jangan biarkan aku dipermalukan.Biarlah orang jahat dipermalukan,dan turun ke alam maut dengan senyap.
19 Biarlah pembohong menjadi kelu,kerana mereka sombong dan menghina orang jujur.
20 Betapa limpahnya kebaikan-Muyang Engkau sediakan untuk orang yang menghormati Engkau.Setiap orang melihat kebaikan yang Engkau lakukanbagi mereka yang berlindung kepada-Mu.
21 Engkau menyembunyikan mereka di tempat hadirat-Mu,yang selamat daripada komplot manusia;Engkau menyembunyikan mereka di tempat perlindunganyang selamat daripada hinaan musuh mereka.
22 Terpujilah TUHAN!Sangat mengagumkan kasih-Nya bagiku,ketika aku dikepung dan diserang oleh musuh.
23 Aku takut dan menyangkabahawa TUHAN telah mengusir aku dari hadirat-Nya.Tetapi Dia telah mendengar seruanku,ketika aku minta pertolongan-Nya.
24 Kasihilah TUHAN, hai semua umat-Nya yang setia.TUHAN melindungi orang yang setia,tetapi menghukum orang yang sombong.
25 Kuatkanlah dan teguhkanlah hati kamu,kamu semua yang berharap kepada TUHAN.