1 Mazmur Daud.Ya TUHAN, dengarlah doaku,terimalah rayuanku!Engkau baik dan setia,oleh itu jawablah aku!
2 Janganlah hakimi aku, hamba-Mu;tiada seorang pun yang tidak bersalah di hadapan-Mu.
3 Musuhku telah memburu aku,dan mengalahkan aku.Dia memasukkan aku ke dalam penjara yang gelap,dan aku ini seperti orang yang sudah lama mati.
4 Oleh itu aku putus asa,aku tidak berdaya.
5 Aku mengingatkan masa yang lalu;aku memikirkan segala yang telah Engkau lakukan,aku mengenangkan segala perbuatan-Mu.
6 Aku berdoa dengan menghulurkan tangan kepada-Mu;aku memerlukan Engkau seperti tanah kering memerlukan hujan.
7 Jawablah aku segera, ya TUHAN,aku putus harapan.Jangan sembunyikan diri-Mu daripadaku,supaya aku tidak menjadi seperti orang yang sudah turun ke alam maut.
8 Setiap pagi ingatkanlah aku tentang kasih-Mu,kerana aku berharap kepada-Mu.Aku berdoa kepada-Mu;tunjukkanlah aku jalan yang harus aku tempuh.
9 Aku datang hendak berlindung kepada-Mu,ya TUHAN, selamatkanlah aku daripada musuhku.
10 Engkaulah Allahku;ajarlah aku melakukan kehendak-Mu.Berbuat baiklah kepadaku,dan pimpinlah aku ke jalan yang selamat.
11 Selamatkanlah aku, ya TUHAN, menurut firman-Mu;selamatkanlah aku daripada kesusahan kerana Engkau baik.
12 Bunuhlah musuhku kerana Engkau mengasihi aku;binasakanlah semua penindasku, kerana aku ini hamba-Mu.