Mazmur 136 BM

Lagu Kesyukuran

1 Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik;kasih-Nya kekal abadi.

2 Bersyukurlah kepada Allah Yang Maha Tinggi;kasih-Nya kekal abadi.

3 Bersyukurlah kepada Tuhan Yang Maha Besar;kasih-Nya kekal abadi.

4 Hanya Dia yang melakukan keajaiban besar;kasih-Nya kekal abadi.

5 Dengan kebijaksanaan-Nya Dia menjadikan langit;kasih-Nya kekal abadi.

6 Dia menghamparkan bumi di atas air;kasih-Nya kekal abadi.

7 Dia menjadikan matahari dan bulan;kasih-Nya kekal abadi.

8 Dia menjadikan matahari untuk memerintah siang;kasih-Nya kekal abadi.

9 Dia menjadikan bulan dan bintang untuk memerintah malam;kasih-Nya kekal abadi.

10 Dia membunuh anak lelaki sulung orang Mesir;kasih-Nya kekal abadi.

11 Dia memimpin umat Israel keluar dari Mesir;kasih-Nya kekal abadi.

12 Dia melakukan semuanya dengan tangan yang kuat dan perkasa;kasih-Nya kekal abadi.

13 Dia membelah Laut Gelagah;kasih-Nya kekal abadi.

14 Dia memimpin umat-Nya melalui laut itu;kasih-Nya kekal abadi;

15 tetapi Dia menenggelamkan raja Mesir dan tenteranya;kasih-Nya kekal abadi.

16 Dia memimpin umat-Nya melalui gurun;kasih-Nya kekal abadi.

17 Dia membunuh raja-raja yang berkuasa;kasih-Nya kekal abadi.

18 Dia membunuh raja-raja yang termasyhur;kasih-Nya kekal abadi.

19 Dia membunuh Sihon, raja orang Amori;kasih-Nya kekal abadi.

20 Dia membunuh Og, raja negeri Basan;kasih-Nya kekal abadi.

21 Dia memberikan negeri mereka kepada umat-Nya;kasih-Nya kekal abadi.

22 Dia memberikannya kepada Israel, hamba-Nya;kasih-Nya kekal abadi.

23 Dia tidak melupakan kita apabila kita dikalahkan;kasih-Nya kekal abadi.

24 Dia membebaskan kita daripada musuh-musuh kita;kasih-Nya kekal abadi.

25 Dia memberikan makanan kepada semua makhluk hidup;kasih-Nya kekal abadi.

26 Bersyukurlah kepada Allah penguasa di syurga;kasih-Nya kekal abadi.