1 Lagu ziarah.Aku memandang ke syurga, tempat Engkau bersemayam;aku berdoa kepada-Mu, ya TUHAN.
2 Seperti seorang hamba bergantung kepada tuannya,dan seorang hamba perempuan kepada puannya,demikian juga kami berharap kepada-Mu, ya TUHAN, Allah kami,sehingga Engkau mengasihani kami.
3 Kasihanilah kami, ya TUHAN, kasihanilah kami,kerana kami sudah terlalu banyak dihina.
4 Sudah terlalu lama kami diejek oleh orang kaya,dan dikeji oleh penindas yang sombong.