1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.
2 Berapa lamakah Engkau akan melupakan aku, ya TUHAN?Berapa lamakah Engkau akan bersembunyi daripadaku?
3 Berapa lamakah aku mesti menanggung kesusahandan berdukacita siang malam?Berapa lamakah musuhkuakan menguasai aku?
4 Pandanglah aku, ya TUHAN, Allahku, dan jawablah doaku.Pulihkanlah tenagaku; jangan biarkan aku mati.
5 Jangan biarkan musuhku berkata bahawa mereka telah mengalahkan aku.Jangan biarkan mereka bergembira kerana kejatuhanku.
6 Tetapi aku bergantung kepada kasih-Mu yang abadi;aku akan bergembira kerana Engkau menyelamatkan aku.Aku akan menyanyi untuk TUHAN,kerana Dia telah berbuat baik kepadaku.