1 TUHAN itu raja,orang gementar kerana Dia;Dia bertakhta di atas kerub,dan bumi pun bergoncang.
2 TUHAN sangat berkuasa di Sion;Dia penguasa tertinggi atas semua bangsa.
3 Setiap orang akan memujinama-Nya yang agung dan mulia.Sucilah Dia!
4 Hai Raja yang perkasa,Engkau mencintai hukum;Engkau telah menegakkan keadilan di Israel,Engkau telah melaksanakan hukum dan keadilan.
5 Pujilah TUHAN, Allah kita;sujudlah di hadapan takhta-Nya!Sucilah Dia!
6 Musa dan Harun termasuk imam-imam-Nya,dan Samuel salah seorang yang berdoa kepada Dia;mereka berseru kepada TUHAN dan Dia menjawab mereka.
7 Dari tiang awan, Dia berfirman kepada mereka;mereka patuh kepada hukum dan perintah yang diberikan-Nya.
8 Ya TUHAN, Allah kami,Engkau mengabulkan permintaan umat-Mu;Engkau menunjukkan bahawa Engkau Allah yang suka mengampuni orang,walaupun Engkau menghukum mereka kerana dosa mereka.
9 Pujilah TUHAN, Allah kitadan sembahlah Dia di atas bukit-Nya yang suci!TUHAN, Allah kita suci.