1 Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir.
2 Dengarlah ini, hai semua orang.Dengarlah, hai semua penduduk dunia,
3 baik orang biasa mahupun orang terkemuka,baik orang miskin mahupun orang kaya.
4 Aku akan mengucapkan kata-kata yang bijak,buah fikiranku penuh pengertian.
5 Aku akan mengalihkan perhatian kepada peribahasa,dan menerangkan maknanya sambil memetik kecapi.
6 Aku tidak takut akan masa kesusahan,ketika aku dikelilingi oleh musuh,
7 orang yang bergantung kepada kekayaan mereka,dan membanggakan harta mereka yang banyak.
8 Tidak seorang pun dapat menebus dirinya;dia tidak dapat membayar harga tebusannya kepada Allah,
9 kerana harga tebusan manusia itu terlalu mahal;apa yang dapat dibayarnya tidak sekali-kali cukup
10 untuk mengelakkan diri dari kubur,supaya dia dapat hidup selama-lamanya.
11 Sesiapa pun tahu bahawa orang bijak akan meninggal;orang bodoh dan orang tolol pun akan mati.Mereka semua meninggalkan harta kepada orang lain.
12 Kubur menjadi tempat kediaman kekal bagi mereka;di sana mereka tinggal selama-lamanya,walaupun mereka pernah mempunyai tanah.
13 Walaupun manusia itu kaya,seperti haiwan, mereka akan mati juga.
14 Begitulah nasib orang yang percaya kepada diri sendiri,dan nasib orang yang puas hati dengan kekayaan mereka.
15 Seperti domba, mereka ditentukan untuk mati,dan digembalakan oleh maut.Orang jujur akan mengalahkan mereka,mayat mereka cepat mereput;dunia orang mati menjadi kediaman mereka.
16 Tetapi Allah akan menyelamatkan aku;Dia akan melepaskan aku daripada kuasa maut.
17 Jangan iri hati apabila sesetengah orang menjadi kaya,apabila harta mereka bertambah-tambah;
18 apabila mereka mati, mereka tidak dapat membawa apa-apa;harta mereka tidak dapat turun ke kubur bersama-sama mereka.
19 Sungguhpun mereka berpuas hati dengan kehidupan mereka,dan dipuji kerana kejayaan mereka,
20 mereka akan menyusul nenek moyang mereka juga,ke tempat yang gelap selama-lamanya.
21 Walaupun manusia menjadi kaya,seperti haiwan, mereka akan mati juga.