1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.Aku yakin bahawa TUHAN akan melindungi aku.Tidak ada gunanya berkata kepadaku,“Terbanglah seperti burung ke gunung,
2 kerana di tempat yang gelap, orang jahat telah melengkungkan busur,dan memasang anak panah untuk memanah orang baik.
3 Tiada apa-apa lagi yang dapat dilakukan orang baikapabila tata tertib masyarakat musnah.”
4 TUHAN berada di Rumah-Nya yang suci;Dia mempunyai takhta di syurga.Dia memperhatikan semua manusiadan mengetahui segala perbuatan mereka.
5 Dia menguji orang baik dan orang jahat;Dia sangat membenci orang yang mencintai keganasan.
6 Orang jahat dihukum-Nya dengan malapetaka,dengan arang berapi, belerang, dan angin yang menghanguskan.
7 TUHAN adil dan mengasihi orang yang berbuat baik;orang jujur akan melihat dan mengenal Dia.