1 Untuk pemimpin koir. Menurut: Yedutun. Mazmur Daud.
2 Dengan tenang aku menantikan Allah;Dia sahaja yang menyelamatkan aku.
3 Hanya Dia pelindungku dan penyelamatku;Dialah pembelaku, dan aku tidak akan dikalahkan.
4 Sampai bilakah kamu semua akan menyerang seorangyang lemah seperti pagar yang hampir roboh,dan seperti dinding yang miring?
5 Kamu hanya ingin menjatuhkan dia dari tempat kehormatannya;kamu suka berdusta.Dengan mulut, kamu memberkati,tetapi kamu mengutuk dalam hati.
6 Dengan tenang aku menantikan Allah;Dia sahaja yang memberi aku harapan.
7 Hanya Dia pelindungku dan penyelamatku;Dialah pembelaku, dan aku tidak akan dikalahkan.
8 Penyelamatanku dan kehormatanku bergantung kepada Allah;Dialah pelindungku yang kuat;Dialah tempat perlindunganku.
9 Hai bangsaku, percayalah kepada Allah setiap masa.Beritahukanlah segala kesusahan kamu kepada-Nya,kerana Dialah penaung kita.
10 Manusia hanya seperti hembusan nafas;besar atau kecil sama-sama tidak berharga.Kalau ditimbang, mereka ternyata ringan,lebih ringan daripada sehembus nafas.
11 Jangan bergantung kepada hasil pemerasan;jangan harapkan keuntungan daripada rompakan;walaupan kekayaan kamu bertambah,jangan bergantung kepadanya.
12 Beberapa kali aku telah mendengar Allah berfirmanbahawa kuasa berasal daripada-Nya,
13 dan bahawa kasih-Nya kekal.Engkau, ya Tuhan, membalas semua orang menurut perbuatan mereka.