1 Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Gitit. Mazmur Asaf.
2 Bersoraklah dengan gembira kepada Allah, pembela kita;nyanyikanlah pujian kepada Allah Yakub.
3 Mulakanlah muzik dan mainkanlah tamburin;mainkanlah lagu yang merdu dengan kecapi dan gambus.
4 Tiuplah trompet untuk perayaan kitapada waktu bulan baru dan bulan purnama.
5 Inilah satu hukum untuk Israel,satu perintah daripada Allah Yakub.
6 Dia memberikan hukum ini kepada umat Israel,ketika Dia menyerang negeri Mesir.Aku mendengar suara yang tidak aku kenal, berkata,
7 “Aku telah mengangkat beban dari bahu kamu;dan membebaskan kamu daripada kerja paksa.
8 Ketika kamu dalam kesusahan, kamu berseru kepada-Ku,dan Aku pun menyelamatkan kamu.Dari tempat persembunyian-Ku di dalam awan petir,Aku mengabulkan permintaan kamu;di mata air Meriba Aku menguji kamu.
9 Hai umat-Ku dengarlah amaran-Ku;Hai Israel, Aku sangat ingin kamu mendengar firman-Ku!
10 Jangan sembah tuhan lain.
11 Akulah TUHAN, Allah kamu,yang membawa kamu keluar dari Mesir.Bukalah mulut dan Aku akan memberi kamu makan.
12 Tetapi umat-Ku tidak mahu mendengar firman-Ku;Israel tidak mahu taat kepada-Ku.
13 Oleh itu Aku membiarkan mereka mengikut kedegilan mereka,dan berbuat sesuka hati mereka.
14 Sekiranya umat-Ku mendengar firman-Ku,sekiranya mereka taat kepada-Ku,
15 Aku akan mengalahkan musuh mereka dengan segera,dan menaklukkan semua lawan mereka.
16 Orang yang membenci Aku meromok ketakutan di hadapan-Ku;mereka akan dihukum selama-lamanya.
17 Tetapi kamu akan Kuberi makan gandum pilihan,dan Kukenyangkan dengan madu hutan.”