1 Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Sajak Daud.
2 Ya Allah, dengarlah doaku;jangan berpaling daripada rayuanku.
3 Dengarlah aku dan jawablah aku;aku lemah kerana kerunsinganku.
4 Aku cemas kerana ancaman musuhku,dan remuk kerana orang jahat menindas aku.Mereka menyusahkan aku;mereka marah kepadaku dan membenci aku.
5 Aku sangat ketakutan,ngeri akan dahsyatnya kematian.
6 Aku diliputi ketakutan dan kegentaran,dan dicengkam oleh perasaan seram.
7 Sekiranya aku bersayap seperti burung merpati,aku akan terbang mencari tempat yang tenang.
8 Aku akan terbang jauh sekali;padang gurun akan kudiami.
9 Aku akan bergegas mencari tempat berlindungterhadap ribut dan angin kencang.
10 Kelirukanlah percakapan musuhku, ya Tuhan,kerana di kota aku nampak orang merusuh dan melakukan keganasan.
11 Siang malam mereka mengelilingi kota,melakukan kekacauan dan jenayah.
12 Di merata tempat berlaku pemusnahan;jalan-jalan penuh dengan penindasan dan penipuan.
13 Andaikata musuh mempermainkan aku,aku dapat menanggungnya;andaikata seorang lawan menghina aku,aku pun dapat bersembunyi daripadanya.
14 Tetapi engkau ini, temanku,rakanku serta sahabat karibku.
15 Kita pernah berbual dengan mesra,dan beribadat bersama-sama di Rumah TUHAN.
16 Biarlah dengan mendadak musuhku mati,dan turun hidup-hidup ke dunia orang mati,kerana kejahatan memenuhi rumah mereka,dan menguasai hati mereka.
17 Tetapi aku berseru kepada TUHAN Allah untuk menolong aku,dan Dia akan menyelamatkan aku.
18 Keluhanku dan tangisankunaik ke hadirat-Nya pada petang, pagi, dan tengah hari,dan Dia akan mendengar suaraku.
19 Dia akan membawa aku pulang dengan selamatsetelah aku berperang melawan musuh yang banyak sangat.
20 Allah yang memerintah selama-lamanya,akan mendengar aku dan mengalahkan musuhku,kerana mereka tidak mahu berubah hati,dan tidak takut kepada Allah.
21 Bekas temanku menyerang kawan-kawannya;dia mengingkari janjinya.
22 Kata-katanya halus merayu,tetapi hatinya penuh kebencian;kata-katanya lemah-lembut,tetapi menikam hati seperti pedang yang tajam.
23 Serahkanlah kekhuatiranmu kepada TUHAN,maka Dia akan membela kamu;Dia tidak akan membiarkan orang jujur dikalahkan.
24 Tetapi Engkau, ya Allah,akan membinasakan pendusta dan pembunuhsebelum mereka mencapai separuh usia.Tetapi bagiku, aku akan percaya kepada-Mu.