1 Untuk pemimpin koir. Mazmur oleh Daud, ketika mempersembahkan korban peringatan.
2 Ya Allah, selamatkanlah aku!TUHAN, cepatlah tolong aku!
3 Biarlah mereka yang cuba membunuh akudikalahkan dan dibingungkan.Biarlah mereka yang gembira kerana kesusahankudipukul mundur dan dipermalukan.
4 Biarlah mereka yang mengejek akuterkejut dan malu kerana dikalahkan.
5 Semoga semua orang yang datang kepada-Mubergembira dan bersukacita.Semoga semua orang yang bersyukur kerana penyelamatan-Musentiasa berkata, “Betapa agungnya Allah!”
6 Aku miskin dan lemah;datanglah segera kepadaku, ya Allah.Engkaulah penolongku dan penyelamatku,janganlah berlengah, ya TUHAN!