1 Mazmur Daud. Lagu untuk pentahbisan Rumah TUHAN.
2 Aku memuji Engkau, ya TUHAN, kerana Engkau telah menyelamatkan akudan tidak membiarkan musuhku mentertawakan aku.
3 Aku berseru kepada-Mu meminta pertolongan, ya TUHAN, Allahku,dan Engkau menyembuhkan aku.
4 Engkau menghalang aku turun ke alam maut,dan menyelamatkan aku dari dunia orang mati.
5 Nyanyikanlah pujian kepada TUHAN,hai umat-Nya yang setia!Ingatlah perkara yang telah dilakukan Yang Maha Sucidan bersyukurlah kepada-Nya!
6 Kemurkaan-Nya hanya sekejap sahaja,tetapi kebaikan-Nya berlangsung sepanjang umur.Air mata mungkin mengalir pada waktu malam,tetapi fajar membawa kegembiraan.
7 Ketika aku berasa selamat, aku berkata,“Aku tidak akan dikalahkan.”
8 Engkau sungguh baik kepadaku, ya TUHAN;seperti gunung yang kuat Engkau melindungi aku.Tetapi apabila Engkau menyembunyikan diri daripadaku,aku berasa takut.
9 Aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN;aku memohon pertolongan,
10 “Faedah apakah yang Kauperoleh daripada kematianku?Keuntungan apakah yang Kaudapat jika aku masuk ke lubang kubur?Adakah orang mati memuji-Mu?Dapatkah mereka memberitakan kesetiaan-Mu?
11 Dengarlah aku, ya TUHAN, dan kasihanilah aku.TUHAN tolonglah aku!”
12 Engkau telah mengubah kedukaanku menjadi tarian gembira;Engkau telah mengambil kesedihanku dan meliputi aku dengan kegembiraan.
13 Maka aku tidak akan berdiam diri;aku akan menyanyikan pujian kepada-Mu.Ya TUHAN, Engkaulah Allahku,aku akan bersyukur kepada-Mu selama-lamanya.