1 Sajak Daud, ketika dia berada di dalam gua.
2 Aku berseru kepada TUHAN,aku merayu kepada-Nya meminta bantuan.
3 Aku mengemukakan segala aduanku kepada-Nya;aku memberitahukan segala kesusahanku kepada-Nya.
4 Apabila aku putus asa,Dia tahu apa yang harus aku lakukan.Di jalan yang harus aku tempuh,musuhku telah memasang perangkap untukku.
5 Aku melihat ke sampingku,tiada sesiapa pun yang dapat menolong aku;tiada seorang pun yang melindungi aku.Tiada seorang pun yang mempedulikan aku.
6 Ya TUHAN, aku berseru minta tolong kepada-Mu,Engkaulah pelindungku,Engkau sahaja yang aku perlukan dalam hidup ini.
7 Dengarlah seruanku minta tolong,kerana aku tidak berdaya.Selamatkanlah aku daripada musuhku;mereka terlalu kuat bagiku.
8 Lepaskanlah aku daripada kesusahan,maka dalam perhimpunan umat-Mu, aku akan memuji-Mu,kerana Engkau telah berbuat baik kepadaku.