1 Untuk pemimpin koir. Menurut lagu yang kelapan. Mazmur Daud.
2 Tolonglah kami, ya TUHAN,kerana tidak ada lagi orang yang baik;orang yang jujur tidak dapat dijumpai lagi.
3 Semua manusia saling membohongi,dan saling menipu dengan kata-kata manis.
4 Hentikanlah kata-kata manis itu, ya TUHAN,dan bungkamkan mulut yang bercakap besar,
5 “Kami berkuasa dengan mulut kami.Kami akan bercakap sesuka hati;tidak sesiapa dapat menghalang kami.”
6 TUHAN berfirman, “Orang miskin ditindas,dan orang yang dianiaya mengerang.Maka sekarang juga Aku datangmemberikan ketenteraman yang diingini mereka.”
7 Janji TUHAN teguh dan dapat dipercayai;seperti perak yang dimurnikan berkali-kali di dalam api.
8-9 Orang jahat terdapat di merata-rata tempat,dan setiap orang menyanjung kejahatan.Selamatkanlah kami, ya TUHAN,peliharakanlah kami daripada orang seperti itu.