1 Doa Daud.Dengarlah seruanku, ya TUHAN, dan kabulkanlah doaku,kerana aku lemah dan tidak berdaya.
2 Selamatkanlah aku daripada maut, kerana aku setia kepada-Mu;selamatkanlah aku, hamba-Mu yang percaya kepada-Mu.
3 Engkaulah Allahku; kasihanilah aku;sepanjang hari aku berdoa kepada-Mu.
4 Ya Tuhan, gembirakanlah hati hamba-Mu,kerana aku menaikkan doa kepada-Mu.
5 Ya Tuhan, Engkau baik dan suka mengampuni orang,Engkau mengasihi mereka yang berdoa kepada-Mu.
6 Dengarlah doaku, ya TUHAN,dengarlah aku minta pertolongan.
7 Ketika aku dalam kesusahan, aku berseru kepada-Mukerana Engkau mengabulkan doaku.
8 Tiada tuhan yang seperti Engkau, ya Tuhan,tiada yang dapat melakukan apa yang Engkau lakukan.
9 Semua bangsa yang telah Engkau cipta akan datang, ya Tuhan,untuk menyembah-Mu dan memuji kebesaran-Mu.
10 Engkau berkuasa dan melakukan perkara yang ajaib;hanya Engkaulah Allah.
11 Ajarlah aku kehendak-Mu, ya TUHAN,dan aku akan menurutnya dengan setia;ajarlah aku menghormati Engkau dengan sungguh-sungguh.
12 Aku akan memuji Engkau dengan sepenuh hati, ya Tuhan, Allahku;aku akan mengisytiharkan kebesaran-Mu selama-lamanya.
13 Betapa besarnya kasih-Mu untukku;Engkau telah menyelamatkan aku dari kubur.
14 Ya Allah, orang sombong datang melawan aku;sekumpulan orang kejam berusaha untuk membunuh aku;mereka tidak mempedulikan Engkau.
15 Tetapi Engkau, ya Tuhan, Allah pengasih dan penyayang,sentiasa sabar, baik, dan setia.
16 Pandanglah aku dan kasihanilah aku;kuatkanlah aku dan selamatkanlah aku,kerana aku mengabdi kepada-Mu seperti ibuku dahulu.
17 Ya TUHAN, buktikanlah kebaikan-Mu kepadaku,maka mereka yang membenci aku akan tersipu-sipu,ketika melihat Engkau menghiburkan dan menolong aku.