11 Orang jahat berfikir, “Allah tidak peduli!Allah telah memejamkan mata-Nya dan tidak melihat kami!”
12 Ya TUHAN, hukumlah orang yang jahat!Jangan lupakan orang yang sengsara!
13 Mengapakah orang jahat menghina Allah,dan berfikir mereka tidak akan dihukum Allah?
14 Tetapi Engkau nampak;Engkau perhatikan kesusahan dan penderitaan orang,dan sentiasa sedia untuk menolong mereka.Orang yang tidak berdaya menyerahkan dirinya kepada-Mu,kerana Engkau selalu menolong orang yang susah.
15 Patahkanlah kekuasaan orang yang jahat dan durjana;hukumlah mereka kerana kekejaman merekasehingga mereka berhenti melakukannya.
16 TUHAN raja selama-lamanya,dan orang yang tidak mengenal Dia akan lenyap dari negeri-Nya.
17 TUHAN, kabulkanlah doa orang hina;berikanlah semangat kepada mereka.