12 Ya TUHAN, hukumlah orang yang jahat!Jangan lupakan orang yang sengsara!
13 Mengapakah orang jahat menghina Allah,dan berfikir mereka tidak akan dihukum Allah?
14 Tetapi Engkau nampak;Engkau perhatikan kesusahan dan penderitaan orang,dan sentiasa sedia untuk menolong mereka.Orang yang tidak berdaya menyerahkan dirinya kepada-Mu,kerana Engkau selalu menolong orang yang susah.
15 Patahkanlah kekuasaan orang yang jahat dan durjana;hukumlah mereka kerana kekejaman merekasehingga mereka berhenti melakukannya.
16 TUHAN raja selama-lamanya,dan orang yang tidak mengenal Dia akan lenyap dari negeri-Nya.
17 TUHAN, kabulkanlah doa orang hina;berikanlah semangat kepada mereka.
18 Engkau mendengar tangisan anak yatim dan orang yang ditindas;Engkau membela mereka supaya orang tidak lagi menakutkan mereka.