3 Orang jahat membangga-banggakan niat jahat mereka;orang tamak mengutuki dan menolak TUHAN.
4 Orang jahat tidak mempedulikan TUHAN;kerana mereka sombong, mereka berfikir Allah tidak ada.
5 Orang jahat berjaya dalam segala perbuatan mereka.Mereka tidak dapat memahami pengadilan Allah;mereka mentertawakan musuh-musuh mereka.
6 Mereka berkata dalam hati, “Kami tidak akan gagal;kami tidak akan ditimpa kesusahan.”
7 Percakapan mereka penuh dengan sumpahan, dusta, dan ancaman;mereka cepat menista dan menjahati orang.
8 Mereka bersembunyi di kampung-kampung,dan menunggu untuk membunuh orang yang tidak bersalah.Mereka mengintip mangsa yang tidak berdaya;
9 mereka menunggu di tempat persembunyian seperti singa.Mereka menantikan orang yang tidak berupaya,lalu menangkap dan menyeret mereka dari situ.