11 kerana kemurkaan-Mu yang menyala-nyala.Engkau telah mengangkat dan membuang aku.
12 Hidupku berlalu seperti bayang-bayang pada waktu petang;aku layu seperti rumput kering.
13 Tetapi Engkau, ya TUHAN, raja selama-lamanya;semua keturunan akan mengingati Engkau.
14 Engkau akan bangkit dan mengasihani Sion;masanya sudah tiba untuk mengasihaninya;inilah masanya yang tepat.
15 Walaupun Sion telah musnah, hamba-hamba-Mu mengasihinya;walaupun Sion telah runtuh, mereka mengasihaninya.
16 Bangsa-bangsa akan takut kepada TUHAN;semua raja di bumi akan takut terhadap kuasa-Nya.
17 Apabila TUHAN membina Sion semula,Dia akan menyatakan keagungan-Nya.