7 Aku bagaikan burung liar di padang pasir,bagaikan burung hantu di tempat runtuhan.
8 Aku tidak dapat tidur;aku bagaikan burung yang kesepian di bumbung rumah.
9 Sepanjang hari musuh mencela aku;mereka yang mempermainkan aku menggunakan namaku untuk mengutuk.
10 Abu menjadi makananku,dan minumanku bercampur air mata
11 kerana kemurkaan-Mu yang menyala-nyala.Engkau telah mengangkat dan membuang aku.
12 Hidupku berlalu seperti bayang-bayang pada waktu petang;aku layu seperti rumput kering.
13 Tetapi Engkau, ya TUHAN, raja selama-lamanya;semua keturunan akan mengingati Engkau.