9 Sepanjang hari musuh mencela aku;mereka yang mempermainkan aku menggunakan namaku untuk mengutuk.
10 Abu menjadi makananku,dan minumanku bercampur air mata
11 kerana kemurkaan-Mu yang menyala-nyala.Engkau telah mengangkat dan membuang aku.
12 Hidupku berlalu seperti bayang-bayang pada waktu petang;aku layu seperti rumput kering.
13 Tetapi Engkau, ya TUHAN, raja selama-lamanya;semua keturunan akan mengingati Engkau.
14 Engkau akan bangkit dan mengasihani Sion;masanya sudah tiba untuk mengasihaninya;inilah masanya yang tepat.
15 Walaupun Sion telah musnah, hamba-hamba-Mu mengasihinya;walaupun Sion telah runtuh, mereka mengasihaninya.