31 Semoga kemuliaan TUHAN kekal selama-lamanya!Semoga TUHAN bergembira dengan semua ciptaan-Nya!
32 Dia memandang bumi, bumi pun bergentar;Dia menyentuh gunung, gunung pun berasap.
33 Aku akan menyanyi untuk TUHAN sepanjang umurku;aku akan menyanyikan pujian bagi Allahku seumur hidupku.
34 Semoga nyanyianku menyenangkan hati-Nya,kerana Dialah yang membuat hatiku gembira.
35 Biarlah orang berdosa dihapuskan dari muka bumi,biarlah orang jahat habis binasa.Pujilah TUHAN, hai jiwaku!Pujilah TUHAN!