12 Dahulu umat Allah kecil bilangannya,mereka hidup sebagai orang asing di negeri Kanaan.
13 Mereka mengembara dari negeri ke negeri,dari sebuah kerajaan ke sebuah kerajaan.
14 Tetapi Allah tidak membiarkan sesiapa pun menindas mereka;kerana mereka, Dia memberikan amaran kepada raja-raja.
15 Dia berfirman, “Jangan ganggu hamba-hamba pilihan-Ku;jangan cederakan nabi-nabi-Ku!”
16 TUHAN mendatangkan kebuluran di negeri mereka,dan mengambil segala makanan mereka.
17 Tetapi Dia mengutus Yusuf untuk mendahului mereka;Yusuf telah dijual sebagai hamba.
18 Kakinya diikat dengan rantaidan lehernya diikat dengan rantai besi,