15 Dia berfirman, “Jangan ganggu hamba-hamba pilihan-Ku;jangan cederakan nabi-nabi-Ku!”
16 TUHAN mendatangkan kebuluran di negeri mereka,dan mengambil segala makanan mereka.
17 Tetapi Dia mengutus Yusuf untuk mendahului mereka;Yusuf telah dijual sebagai hamba.
18 Kakinya diikat dengan rantaidan lehernya diikat dengan rantai besi,
19 sehingga terjadi apa yang diramalkannya.Firman TUHAN membuktikan bahawa Yusuf benar.
20 Lalu raja Mesir membebaskan dia;penguasa bangsa-bangsa melepaskan dia.
21 Raja melantik Yusuf sebagai ketua kerajaannya,dan menjadikan dia penguasa seluruh negeri,