3 Bersukacitalah kerana kita milik-Nya;semua orang yang menyembah TUHAN hendaklah bersukacita.
4 Mintalah pertolongan TUHAN,sembahlah Dia sentiasa.
5-6 Hai keturunan Abraham, hamba-Nya,dan keturunan Yakub, orang pilihan-Nya,ingatlah mukjizat yang dilakukan Allah,jangan lupakan keputusan yang diberikan-Nya.
7 TUHAN ialah Allah kita;perintah-Nya berlaku di seluruh dunia.
8 Dia memegang perjanjian-Nya selama-lamanya,janji-Nya berlaku untuk beribu-ribu keturunan,
9 perjanjian yang dibuat-Nya dengan Abraham,dan janji-Nya dengan Ishak,
10 lalu dikekalkan dengan Yakub,menjadi perjanjian abadi bagi umat Israel.